CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selasa, 29 April 2008

SINDROM DOWN.

- Bukan satu penyakit
- Terjadi kerana keadaan baka yang tidak normal
- Kadar terjadi : 1 / 650 kelahiran
- Perkembangan mental dan fizikal kanak SD lambat berbanding kanak-kanak biasa.

Sindrom Down TERBAHAGI KEPADA 3:
1. Trisomi }
2. Translocation } boleh dikenali melalui rupa yg hampir sama.
3. Mosaic }


CIRI-CIRI FIZIKAL KANAK-KANAK SINDROM DOWN
- Lidah tebal dan kerap terjelir
- Hidung kemek
- Tapak tangan lebar
- Tapak tangan hanya ada satu lipatan
- Leher pendek dan besar
- Kelopak mata berlipat-lipat
- Otot lembik


MASALAH KESIHATAN SINDROM DOWN
- Sakit jantung berlubang
- Kurang perdengaran
- Pertuturan kurang jelas
- Lambat/masalah pertuturan
- Mudah dapat selsema, radang tengkorak dan radang paru-paru.


PUNCA SINDROM DOWN
- Sindrom Down boleh dikesan pada peringkat awal kehamilan melalui ujian yang membabitkan ibu dan janin.
- Kaedah amino centisis
- Choronik

Daripada ujian kromosom dalam darah, jenis sindrom down dapat dikesan:

TRISOMI :
Ada 47 kromosom / 23 pasang + 1 (kromosom nombor 21)
Bagi ibu yang berusia kurang daripada 25 tahun mungkin dapat bayi sindrom down jenis ini ialah 1 dalam 2000 kelahiran.
Ibu yg berusia 35-39 tahun pada kadar 1 /50 kelahiran
Ibu yang berusia 40 tahun pula pada kadar 1/30 kelahiran.
Secara purata ialah : 1 / 650 kelahiran.

TRANSLOCATION :
Tidak membabitkan kelebihan kromosom.
Terjadi melalui 2 cara:
i. Kromosom nombor 14 bercampur dengan kromosom 21
ii. Kromosom nombor 21 bercampur dengan kromosom sama. Jika ibu pembawa, kemungkinan mendapat sindrom down adalah 100% (membabitkan semua kelahiran dalam keluarga)

MOSAIC:
Ciri Sindrom Down tidak begitu ketara.
Tidak 100% Sindrom Down.
Mentalpun tidak seteruk jenis lain.
Kepintaran dianggar 80 – 90 % berbanding yang lain (50-80%)


- Berpunca daripada keturunan melainkan jenis translocation.
- Sindrom Down berkait dengan usia ibu ketika hamil ketika mengandung.
- Tiada bukti khusus kaitan sindrom down dengan usia bapa.

0 comments: