CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selasa, 29 April 2008

AUTISME

DEFINISI:
- Berasal drp bahasa Yunani yang bermaksud “antos” atau diri.
- Ketidak upayaan seorang kanak-kanak memahami perkara-perkara disekelilingnya selain daripada dirinya sendiri.

PUNCA / SEBAB:
- Masih belum jelas sehingg ke hari ini sebab musibabnya:
- Andaian :
o Kurang oksigen semasa kelahiran
o Proses kelahiran secara paksaan
o Gangguan neuro transmitter dalam sistem saraf
o Infleksi neurologikul
o Gangguan bahan kimia dalam otak menyekat perkembangan.
- Penyelidikan kesihatan terkini
o Faktor genetik sebagai punca autisme.

- Dianggarakan 1:500 penduduk dunia menghadapi masalah autisme terutama lelaki.
- Kajian DNA, 150 pasangan adik-beradik yang hadapi masalah autisme-mendapati sebahagian daripada 2 kromosom kedua dan ketujuh mengandungi gen yang dikaitkan dengan autisme.

ANGGARAN:
- 1/3 daripada kanak-kanak ini boleh dilatih untuk berdikari
- 1-5% menjadi biasa kembali dan boleh berdikari.
- 15% mnunjukkan kemajuan semasa remaja.
- 25% boleh bekerja dalam pengawasan rapi.
- 55% perlu pengawasan rapi sepanjang hayat.

PETANDA-PETANDA / CIRI-CIRI
Perhubungan yang tidak beremosi dengan orang lain.
Berseorangan dan suka berjauhan.
Menolak kehadiran seseorang / melihat menembusi seseorang itu.
Amat susah hendak bermain dan sikap yang berbeza dengan kanak-kanak lain.
Pemerhatian /pemeriksaan diri sendiri
Adakalan kanak-kanak ini periksa bahagian anggota badannya seperti kaki dan tangannya seolah-olah benda itu baru dan pelik.
Buang masa pada sesuatu objek dan tidak menghiraukan fungsi sebenar objek itu.
Suka bawa pelbagai objek ke sana-sini. Marah sangat bila objek itu hilang.
Sangat sayang kepada objek yang disukainya.
Buat garisan / corak dengan berbagai
Teliti sesuatu objek dengan cara yang aneh seperti gigit, cium objek itu & sebagainya.
Tidak suka kepada perubahan persekitaran dan suka kepada kesamaan dari semua aspek
Sangat susah ubah sesuatu rutin. E.g: jika hendak tukar pakaian baru, makanan yang lain, ubah jalan dan hendak makan ubat.
Menolak penerimaan belajar perkara-perkara baru.
Tunjukkan kemarahan jika perabot-perabot dalam rumah diubah-ubah.
Bersifat aneh terhadap sesuatu penerimaan deria.
Tidak tunjuk tindakbalas kepada percakapan / bunyi-bunyian
Tutup telinganya jika dengar sesuatu bunyi / bila kita bercakap dengannya.
Bersikap seperti orang pekak walaupun boleh dengar dengar dengan baik.
Tidak ada tindak balas pada apa yang dilihat.
Tunjuk minat pada benda yang bergerak
Cuba elak diri / pandangan bila disuruh lihat sesuatu benda
Bersikap seperti orang rabun walaupun melihat dengan baik.
Bersikap aneh terhadap kesakitan, panas/sejuk.
Kanak-kanak ini tidak berasa sakit jika terjatuh.
Suka merasa dan makan benda-benda seperti bunga, nyamuk, dsb.
Sikap /perasaan yang ganjil dan tidak normal
Mengamuk disusuli dengan jeritan / menangis dan menendang, menggigit.
Boleh bertukar kepada perkara yang menggeli hati jika perhatiannya....
Gangguan pertuturan Tiada pertuturan langsung. Mungkin pernah ada kemudian hilang langsung.
Bentuk perkataan yang tidak sempurna dalam sebutannya.
Penggunaan perkataan yang diulang-ulang tanpa menghiraukan atau mengetahui ertinya.
Kadang-kadang menggunakan suara yang luar biasa untuk menyebut sesuatu perkataan.
Boleh baring dengan kaku tanpa pergerakan untuk jangkamasa yang agak lama
Intelek yang luar biasa.

0 comments: