CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 19 Jun 2008

Kategori pemakanan saraf dan otak

1. Neurotoksik
Kumpulan makanan yang tidak diperlukan oleh otak kerana boleh meracun otak, minda dan fikiran sambil menimbulkan kerosakan kepada otak, menjejaskan fungsi berfikir dan melemahkan ingatan serta mengganggu perasaan.
Mendatangkan kesan buruk kepada otak dan saraf.
Menimbulkan keadaan mengantuk, malas, iritasi & alergi, keresahan, lemah ingatan, lembab berfikir, payah hafalan, lupa, kedunguan, gangguan emosi, tingkahlaku dan perangai.
Pemakanan Neurotoksik
AIS KRIM
AIR BERKLORIN
CUKA, ASAM dan JERUK
BIJI dan ULAM PUCUK GAJUS
BISKUT dan KEK
BUAH PALA
GARAM - sederhana munasabah
GULA - bahaya berlebihan
MAKANAN JUNK - gula-gula, asam masin, keropok snek
KOPI dan TEH - minuman perangsang
MAKANAN ALERGI - sotong, udang, ketam, belacan
MAKANAN MINYAK MSAK BERMINYAK
ROKOK, DADAH dan UBAT DADAH

2. Neurofilik
Kumpulan makanan yang memang diperlukan oleh otak untuk tenaga berfikir,pertumbuhan dan perkembangan minda, kesihatan dan pencegahan penyakit ynag berkait dengan otak, fikiran dan perasaan.

Mencergaskan fikiran
Menimbulkan kerajinan
Mencerdaskan akal
Meningkatkan daya berfikir
Meningkatkan kreativiti
Meneguhkan ingatan
Menambah daya tumpuan
Menghilangkan keresahan, rungsing dan takut
Menaikkan semangat
Menjauhkan kebosanan

Pemakanan Neurofilik
IKAN
KEKACANG dan KEKERAS - kacang soya, kacang tanah, kacang hijau, kacang pis, kacang pistachio, badam
BIJIRAN SELURUH - barli, gandum, beras tumbuk, jagung
SAYUR-SAYURAN - lobak merah, daun saderi
SAYUR-SAYURAN HIJAU
BUAH-BUAHAN - limau, mangga, pisang, papaya,dsb
KISMIS
TAMAR
SUSU dan MAKANAN DARIPADA SUSU - keju
AYAM
GULA SEMULAJADI - gula merah, gula melaka
KOKO dan COKLAT
MAJERIN SAYURAN
MINYAK SAYURAN - minyak kacang soya, minyak jagung, minyak bunga matahari
BERAS WARNA COKLAT
ROTI MIL PENUH
UBI KENTANG, UBI KELEDEK
DAGING TANPA LEMAK
MADU LEBAH
MAKANAN LAUT -MENGANDUNGI IODIN - kerang dan siput

Selasa, 17 Jun 2008

Rahsia Pemakanan Genius Islam

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :


1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.
CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !
2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.
CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.
3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.
CARA MINUM :i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malamii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.
CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.
7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori

Pemakanan untuk akal






Makanan mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap tubuh badan, jiwa, emosi dan akal. Kalau seseorang tidak memperolehi makanan dalam tempoh yang lama, 20 jam umpamanya, badannya menjadi letih, penat dan lesu. Jiwanya lemah dan pesimis. Otaknya lembab dan kuasa fikirannya menurun. Emosinya terganggu menyebabkan ia menjadi pemurung , perakus dan pemarah. Bila sahaja mendapat makanan, tiba-tiba dia berubah menjadi cergas, cerdas, lincah, bersemangat, riang dan gembira. Begitulah besarnya pengaruh makanan terhadap fizikal, spiritual, mental dan emosi.

Pun begitu, terdapat pelbagai jenis makanan. Ada yang cepat memberi kesan terhadap kecergasan otak, ada yang lambat. Tugas kita ialah memilih makanan yang terbaik dan memberi kesan terpantas terhadap minda. Makanan terbaik ialah makanan yang halal, seimbang, berzat dan berjadual.
Makanan seimbang ialah set makanan yang mengandungi kesemua bahan makanan yang diperlukan oleh otak dan tubuh supaya dapat berfunsi dengan sempurna. Ia terdiri dari tujuh kumpulan makanan iaitu protein, karbohidrat, vitamin, lemak, mineral, air dan serat. Tanpa keseimbangan makanan, fungsi sel-sel dalam otak dan organ tubuh badan akan terjejas.

MAKANAN UNTUK KESIHATAN BADAN DAN KEPINTARAN AKAL

1)KARBOHIDRAT
Membekalkan tenaga kepada seluruh badan termasuk otak. Sumbernya ialah nasi, roti, sayur - sayuran, madu, gula, buah-buahan seperti kentang, keledek, pisang dan lain-lain.

2)PROTEIN
Ia mata perlu untuk KESIHATAN OTAK KESELURUHANNYA. Berperanan menumbuh, membentuk, membesar dan mengantikan sel-sel yang rosak. Sumbernya ialah susu, daging, ikan, telur, kekacang, tauhu, keju, kacang pis dan lain-lain.

3)LEMAK
Membekalkan tenaga kepada badan. Sumbernya ialah mentega, minyak makan, marjerin, lemak binatang dan tumbuhan.

4) AIR
Merupakan bahan utama semua benda hidup. Air berfungsi mengeluarkan kekotoran, membersih dan mengalir darah serta zat makan ke seluruh badan. Seterusnya MENGEKALKAN KESIHATAN OTAK. Kita mudah dihinggapi penyakit, gangguan emosi dan gangguan sistem pencernaan sekiranya kekurangan air. Seelok-eloknya minumlah air mati (jarang/masak/putih) sebanyak 8 gelas sehari. Sebelum tidur, cukupkanlah bilangan air yang perlu diminum.

5)MINERAL
Untuk aktiviti saraf dimana otak merupakan teraju utamanya. Sumbernya ialah telur, susu, sayur - sayuran, limpa, hati, ulam-ulam dan makanan laut seperti udang.

6)VITAMIN
Semua vitamin A,B,C,D,E dan K diperlukan.Vitamin A Menguatkan deria penglihatan dan pendengaran, menguatkan tenaga dan urat saraf serta melicinkan pernafasan. Sumbernya ialah susu, kuning telur, sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan ikan.
Vitamin B Membantu pembakaran makanan yang lebih efektif untuk kesihatan badan. Sumbernya ialah sayur-sayuran, bijirin, telur, hati, yis, buah-buahan segar, beras dan kacang.
Vitamin C Penguat sistem ketahanan badan, meningkatkan kesihatan mata dan kulit, meninggikan daya tumpuan seterusnya engurangkan khayalan semasa proses pembelajaran. Sumbernya ialah sayur-sayuran dan buah-buahan.

7) SERAT
Melicinkan sistem pencernaan dan pembuangan najis. Gangguan pada sistem pencernaan menyebabkan kehilangan daya tumpuan, kelemahan fikiran dan gangguan perasaan. Kesemuanya ini menjejaskan potensi otak dan ingatan. Sumbernya ialah sayur-sayuran dan buah-buahan.

ZAT-ZAT MAKANAN UNTUK KEKUATAN INGATAN
Menurut penyelidikan saintifik terkini, terdapat beberapa zat makanan yang dapat membantu meningkatkan kekuatan memori. Bahan -bahan tersebut ialah Choline, Lesithin, Vitamin E, Asid Glutamik, Kalium Fosfat, Magnesium Fosfat dan Silika.

Choline ialah sejenis asid amino. Boleh diperolehi dari kacang soya, bunga kobis, kacang pistachios daging, ikan dan telur.
Lesithin didapati dari telur merah, kacang soya dan organ otak binatang terutama otak ayam. Vitamin E terdapat dalam hati, telur ayam, betik, sayuran hijau, sayur taugeh, minyak kelapa sawit dan bijirin seperti jagung, beras, tepung gandum penuh(wholemeal).
Asid Glutamik terdapat dalam kacang soya terutamanya.
Manakala Kalium Fosfat, Magnesium Fosfat dan Silika boleh diperolehi dengan menggunakan ubat-ubatan dari sistem perubatan biokimia.

Kepentingan Sarapan Pagi

Sarapan atau alas perut, makanan pagi amat penting dalam kehidupan. Sarapan bagai baja kepada kehidupan tumbuhan. Begitulah juga manusia yang memerlukan sarapan pada setiap pagi. Terdapat pelbagai kerenah manusia terutama remaja yang berada di bangku sekolah tentang tabiat bersarapan pagi antaranya:

· Sebilangan besar remaja tidak bersarapan pagi sebelum ke sekolah. Mereka hanya bersarapan jam 10 pagi pada waktu rehat di sekolah.
· Pemilihan makanan untuk sarapan hanya kepada makanan yang digemari dan bukan kepada makanan yang berkhasiat.
· Sarapan pagi tidak mengandungi karbohidrat seperti roti dan bijirin yang boleh merangsang fungsi otak.
· Sarapan pagi tidak diikuti dengan minuman seperti susu, milo atau minuman lain yang berkhasiat.
· Sarapan pagi sesuatu yang asing dan ganjil bagi mereka yang tidak pernah melakukannya antara jam 7.00 hingga 9.30 pagi.

Fenomena remaja kita hari ini yang tidak bersarapan pagi ke sekolah dianggap perkara biasa. Mereka akan berasa tidak selesa apabila bersarapan pagi. Sebenarnya, sarapan pagi tidak perlu terlalu berat, cukup sekadar segelas susu, sekeping roti atau sedikit bijirin.

Otak atau minda sangat memerlukan sarapan pagi bagi merangsang pemikiran ke arah pembelajaran yang lebih cemerlang di sekolah. Sarapan pagi dikatakan dapat mencergaskan minda jika dijadikan sebagai rutin harian yang penting untuk kehidupan yang lebih berkualiti.

Pakar pemakanan sependapat bahawa mengambil sarapan adalah sumber pertama untuk memulakan kehidupan seharian, sekali gus mencergaskan minda. Kajian terbaru menunjukkan orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan yang lebih baik.

Pemilihan sarapan terutamanya yang kaya dengan karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari.

Malangnya, ramai yang meninggalkan sarapan dengan alasan tiada selera makan pada waktu pagi atau tidak sempat kerana bangun lambat. Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, ada baiknya anda terus membaca untuk mengetahui rahsia di sebalik hidangan ringkas yang dipanggil sarapan.
Ada saintis yang menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Kajian menunjukkan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak – lebih cergas, peka dan fokus.

Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau di tempat kerja; walaupun hanya mengambil sarapan sekeping roti dan secawan kopi.

Karbohidrat yang diambil pada waktu pagi akan merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak. Contohnya, vitamin B yang diperkaya dalam roti dan bijirin sarapan dikenal pasti mampu memberikan kesan positif kepada fungsi otak.

Kesan lebih ketara dalam kalangan kanak-kanak dan remaja yang mengambil sarapan yang kaya dengan karbohidrat kompleks ialah mereka boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan menyelesaikan masalah dengan baik. Justeru, tidak hairan jika pengusaha roti dan bijirin berlumba-lumba menghasilkan produk yang diperkaya dengan pelbagai khasiat dan vitamin.

Kajian yang dijalankan Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di Asia ke atas remaja berusia 10 hingga 12 tahun yang mengamalkan sarapan rata-rata jauh lebih langsing dan kurang berhadapan dengan masalah berat badan berlebihan.

Bahkan, kajian di Amerika Syarikat ke atas 3,000 sukarelawan menunjukkan mereka dapat mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan unggul dengan hanya mengamalkan sarapan.
Oleh: Aminuddin Mansor (Majalah Cahaya 2006)

Memajukan Melayu Melalui Genetik


Fenomena kemunduran Melayu bukan terbatas kepada pencapaian dan sikap mereka terhadap dunia akademik. Ia tidak terhad kepada kaum pelajar Melayu tetapi ia merangkumi setiap bidang yang diceburi oleh insan Melayu pada umumnya.

Demikian pula dalam bidang-bidang lain, di mana orang Melayu diberi dana mengurus bank, bank rugi, diberi kesempatan mengendali syarikat gergasi penerbangan nasional juga rugi, malah diberi keutamaan untuk menerajui korporat nasional dengan pemberian projek-projek megayang sepatutnya menguntungkan, juga gulung tikar dan terpaksa diserahkan kepada kerajaan.

Apa yang kita hadapi sekarang ini harus diteliti melalui berbagai aspek dan faktor.

Faktor pertama ialah genetik.

`Genotip' bangsa merupakan pemurnian gen selama lebih4,000 tahun. Sedangkan genotip Melayu, tidak sampai pun seribu tahun. Perkahwinan saudara rapat mempengaruhiekspresi gen, lebih cenderung untuk menghasilkan baka yang kurang unggul. Amalan budaya perkahwinan kaum Cina bertentangan dengan kebiasaan perkahwinan oran Melayu yang lebih mementingkan kerabat terdekat. Orang Cina tidak kahwin dengan sheh atau surname (marga) yang sama. Stok Melayu menjadi lebih baik, bila ada haploid luaran (sama ada dari India, Arab, Eropah mahupun Cina).

Kedua, pemakanan dan pemantapan baka Melayu yang terbahagi kepada tiga peringkat iaitu pranatal, pascanatal dan pemakanan peringkat pertumbuhan. Apakah ada makanan bestari yang boleh membuat anak Melayu lebih pintar? Apakah pemakanan yang diamalkan oleh orang Melayu membuat mereka kurang cerdik dan kurang bersaing.

Untuk menghasilkan generasi Melayu yang cemerlang, persiapan harus dilaksanakan mulai pada malam konsepsi lagi. Pengumpulan semen suami lima hari sebelum jatuh subur isteri bertujuan memastikan baka suami dalam jumlah yang cukup tinggi sehingga saingan antara beratus juta spermatozoa yang dikeluarkan oleh lelaki mampu menghasilkan satu spermatozoa juara yang terunggul untukmempersenyawakan telur wanita.

Seawalnya lapan minggu selepas kehamilan, saraf pendengaran di susunan saraf pusat otak embrio berkenaan mulai tumbuh dan berkembang. Usaha untuk berkomunikasi sehala dengan embrio tersebut perlu dilakukan oleh pasangan suami isteri melalui nyanyian, percakapan, membaca ayat suci yang ditujukan kepada rahim ibu. Komunikasi vokal dan verbal ini boleh merangsangkan dan perkembangan jaringan dendrit sel-sel di otak di segala penjuru otak embrio tersebut.

Makin banyak sel-sel otak (neuron) dan dendrit makin pintar individu berkenaan kelak. Ukuran kepintaran (IQ) individu berkenaan bergantung pada bilangan neuron yang berjumlah ratusan bilion dan jaringan dendrit yang menghubungi sel-sel otak itu (ibarat jaringan kawat telefon) yang dapat mencapai ribuan trilion dalam satu laluan saraf sahaja.

Sayangnya jika tidak dipupuk, jaringan-jaringan tersebut akan musnah dan akan kurang berhubung antara sel-sel saraf tersebut, maka kurang pintar orang itu. Maka amat penting komunikasi verbal dan vokal ini diteruskan sepanjang kehamilan. Dendangkan janin anda dengan alunan muzik kompleks seperti muzik klasik atas pendengaran ayat-ayat suci dan doa-doa hampir dengan rahim ibunya nescaya usaha anda untuk menghasilkan bayi yang pintar akan tercapai.

Di samping itu, ibu yang mengandung harus mengambil makanan bergizi tinggi dengan makro dan mikro yang seimbang sehingga dapat mendukung perkembangan otak janin yang lebih sempurna. Di peringkat pascanatal, begitu anak Melayu itu lahir,pemberian susu ibu merupakan suatu keharusan yang mutlak kecuali susu ibu kering atau tidak mencukupi. Dikatakan kanak-kanak yang menerima susu ibu tidak hanya memiliki IQ yang tinggi daripada yang tidak, malah ukuran emosi (EQ) juga dikatakan lebih mantap kerana sentuhan-sentuhan keibuan mententeramkan bayi,memperkukuhkan jaringan antara sel-sel otak menjadi lebih ekstensif dan intensif. Bayi-bayi Melayu perlu diusapsekerap mungkin dengan maksud dan tujuan yang sama.

Penyebarluasan dan penumpuan dalaman jaringan sel-sel saraf diperkukuhkan lagi dengan pendedahan terhadap kesemua deria pancaindera sebaik sahaja bayi Melayu itu lahir ke dunia. Dahulunya di fasa pranatal, hanya perangsangan vokal dilaksanakan, di fasa pascanatal, bayi baru lahir dapat dirangsang otaknya melalui pelbagai pancaindera lain seperti visual, sentuhan, belaian, usapan, pengecapan dan pembauan. Tindakan ini dijangka akan menghasilkan ribuan trilion sambungan antara saraf dan antara dendrit. Jika tindakan sebegini tidak dilakukan secara berterusan, sambungan-sambungan ini akan putus sehingga tidak dapat menghasilkan mereka yang mempunyai IQ dan EQ tinggi.

Pendekatan perangsangan pancaindera ini bertujuan untuk membina ribuan trilion sambungan antara sel otak dan dendritnya ke tahap paling maksimum atau optimum.

Membiarkan kanak-kanak demam panas tinggi meskipun tanpa kejang-kejang boleh memutuskan sambungan yang telah terbina. Apatah lagi terjadi jangkitan sel otak seperti encephalitis dan meningitis, suhu badan yang sangat tinggi sahaja dapat memati berjuta sel otak dalam satu serangan. Bayi-bayi dan kanak-kanak kerana pengetahuan ibu bapa yang kurang terhadap bahaya tersebut dan kesempitan kewangan mungkin mengambil keputusan merawat sendiri sehingga mengakibatkan pemutusan sambungan-sambungan sel-sel otak.

Bayangkan berapa kerap bayi-bayi dan kanak-kanak Melayu mengalami panas badan yang dianggap enteng oleh sebahagian ibu bapa. Sedangkan kaum Cina mempunyai kedudukan kewangan yang baik di samping kesedaran kesihatan yang jauh lebih tinggi, maka sambungan saraf mereka jauh lebih terpelihara daripada kanak-kanak dan bayi Melayu.

Selain rangsangan sentuhan dan usapan, bayi-bayi baru lahir harus secepatnya dirangsang deria penglibatan mereka dengan ribuan warna. Jika anda ingin anak anda menjadi pelukis, dedahkan mereka dengan kekayaan warna-warni melalui pelbagai ikhtiar. Mata manusia dapat mengenal sejuta jenis warna. Setiap warna mempunyai memorinya sendiri di otak manusia. Setiap memori mempunyai jaringan masing-masing. Makin banyak warna yang didedahkan melalui pelbagai cara (mainan/cat dinding/warna pakaian dan sebagainya), makin banyak terbina jaringan yang menyalur keterangan untuk disimpan dan dikeluarkan dalam masa yang lebih pendek dari sekelip mata.

Begitu juga dengan deria kecapan di lidah kanak-kanak, ia perlu dirangsang agar mengelak prejudis terhadap makanan tertentu. Deria kecapan di lidah janganlah dibiasakan dengan rasa-rasa asas sahaja seperti manis, masin, masam, pahit dan pedas. Kalau itu sahaja yang diberi, dikemudian hari mereka terikat dengan keterbatasan cita rasa sehingga membuat mereka menolak makanan bergiz tinggi dan menjadi ketagihan pada satu atau hanya beberapa cita rasa asasi.

Pendedahan awal kepada rasa-rasa yang kompleks seperti buah-buahan dan sayur-sayuran dapat menghindarkan mereka daripada tidak meminati makanan-makanan tersebut. Umpamanya hirisan-hirisan timun, tomato dan buah-buahan diletakkan sahaja di atas lidah untuk diperkenalkan tanpa membenarkan mereka menelan pada bayi-bayi tetapi boleh dikunyah apabila diberikan kepada kanak-kanak yang lebih besar.

Proses perkenalan itu boleh diperkukuhkan dengan penyebutan nama bahan itu meskipun kita berhadapan dengan bayi seusia enam bulan. Dengan berbuat demikian, terakam tidak hanya isyarat melalui saraf pengecapan dalam masa yang sama, apabila bahan makan dibaukan ke hidung bayi, proses pengenalan itu menjadi cukup lengkap.Terpeta di memori otaknya dan dijangka berkekalan. Kaedah ini akan membuat kanak-kanak itu menjadi gemar dengan buah-buahan dan sayur-sayuran yang merupakan sumbermikro-nutrien and vitamin yang penting untuk metabolisme otak. Kelima-lima deria pancaindera dapat dimanipulasikan sehingga perangsangan optimum sel-sel otak tercapai melalui pengisian komputer hayat.

Pemakanan anak-anak Melayu berusia bawah 12 tahun hendaklah diberikan perhatian istimewa. Ternyata pemakanan yang berasaskan kanji atau karbohidrat serta gula berlebihan seperti yang diamalkan oleh orang Melayu mungkin menyebabkan mereka menjadi agak lembap.

Kadar protein makanan Melayu biasanya rendah dan ia perlu dipertingkatkan jika orang Melayu ingin pintar. Banyak ikan, banyak daging tanpa lemak, banyak ayam, susu dan lebih penting banyak makan produk-produk kacang soya seperti tahu, tempe dan tofu. Lawatan ke sekolah-sekolah luar bandar, akan mendapati rata-rata ukuran fizikal mereka jauh lebih kerdil daripada orang Melayu bandar yang sedikit lebih baik dalam pengambilan protein dalam diet mereka.

Walaupun tidak menyetujui IQ seseorang ditentukan ole hsaiz tengkoraknya, namun dipandang dari sudut survival, mereka bertubuh kasa dan besar seperti orang Barat itu mempunyai banyak kelebihan. Otot dan otak harus seiring untuk menjadi manusia cemerlang. Keunggulan otak dan otot harus seimbang, ini diperlihatkan oleh banyak pemain bola sepak Barat yang mempunyai kombinasi tersebut.

Tanpa kecekapan otak yang bertindak pantas, kesempatan serpihan saat yang diambil dengan refleks otak akan menentukan kemenangan. Dengan kata lain bermain bola sepak secara cemerlang pun harus punyai IQ yang tinggi.

Langkah ketiga adalah mengenai pendidikan prasekolah. Untuk menghasilkan pelajar Melayu yang cemerlang, pendidikan prasekolah harus dimulai lebih awal. Secara formal, ia perlu dimulai pada usia 3 tahun. Sebenarnya seperti mana yang saya tekankan, pengajaran harus bermula pada masa dalam kandungan lagi secara tidak formal.

Kajian (di luar negara) membuktikan kanak-kanak yang memulakan pendidikan seawal tiga tahun mencapai kecemerlangan akademik lebih tinggi dibandingkan mereka yang memulakan pendidikan pra-sekolah pada usia lima tahun. Demikian jugalah dengan penguasaan pelbagai bahasa dapat dipupuk secara lebih berkesan pada usia prasekolah tiga tahun.

Di Malaysia, pendidikan prasekolah bermula pada peringkat lima tahun. Ia perlu dapat pandangan serius para pendidikan semua. Sebelum keputusan itu boleh dibuat, kita perlu meninjau perbezaan prasekolah Melayu dan Cina kerana perbezaan itulah yang mencorak produk di peringkat tinggi kelak. Yang paling ketara ialah kanak-kanak Melayu diajar abjad rumi mahupun jawi berjumlah 26 sahaja. Sedangkan kanak-kanak Cina diajar tulisan kanji di mana penghafalan ciri-ciri kaligrafinya dapat merangsang lebih banyak rangkaian saraf di peringkat usia muda. Dengan sendirinya di peringkat awal lagi, kanak-kanak Cina didedahkan kepada kompleksiti sedangkan kanak-kanak Melayu kepada simplisiti.

Kanak-kanak tadika dikatakan boleh menguasai dan merakam antara 1,000-4,000 karakter Cina. Ini boleh menumpukan pendalaman dan menambah kepadatan jaringan dendrit antara sel-sel otak.

Keempat ialah mengenai sikap orang Melayu baik pelajar mahupun bukan pelajar. Di zaman penjajah dan di peringkat awal pascakemerdekaan, orang Melayu selalu diperolok-olokkan kerana sikap `tidak apa' mereka. Mungkin banyak yang tidak setuju andainya saya mengatakan sikap dan perangai orang Melayu itu sebenarnya merupakan ekspresi genetik mereka. Melayu itu malas, Cina itu rajin.

Suatu generalisasi yang tidak diterima dan yang diterima, bergantung kepada siapa kita bertanya. Apakah ciri-ciri rajin vesus malas itu terletak pada DNA kromosom atau DNA mitokondria?

Buat masa ini masih belum terjawab oleh mana-mana pakar genetik. Kalau kita mengandaikan kerajinan seseorang itu bergantung pada jumlah tenaga (dalam bentuk ATP) yang dimiliki sepanjang hari maka orang Cina diandaikan mempunyai tenaga yang lebih dan berpanjangan daripada orang Melayu. Dapat diibaratkan semacam bateri tahan lama dengan bateri jangka pendek.

Kesimpulan nanti, berkesudahan dengan perbezaaan jumlah mitokondria Melayu yang kurang dibandingkan dengan orang Cina. Sebagai contoh, (dan masih banyak contoh-contoh lain) di sebuah sekolah menengah harian di Selangor yang mempunyai jumlah pelajar Cina dan Melayu yang seimbang, sekolah tersebut telah menganjurkan maraton matematik yang dipanggil Rela Math di mana para pelajar dalam masa sebulan disuruh membuat penyelesaian matematik sebanyak mungkin. Pelajar matematik terbaik Melayu menampilkan 300 penyelesaian matematik sedangkan pelajar matematik terbaik Cina mengatasi dengan 8,000 penyelesaian.

Inilah yang dikatakan kekuatan innate (dalaman, tersembunyi dan sebahagian) sesuatu bangsa yang sudah tentu merupakan manifestasi perlembagaan genetik masing-masing.


Kelima, beberapa aspek budaya Melayu yang negatif perlu ditinggalkan.

Budaya Melayu yang lemah-lembut tidak perlu ditonjol-tonjolkan. Barangkali itu merupakan propaganda penjajah yang tidak mahu orang Melayu bangun menentang mereka. Tidak juga saya menyetujui harus kurang ajar. Dalam mengejar kecemerlangan akademik, minda Melayu kerap terpengaruh oleh sebahagian peribahasa Melayu yang negatif. Di dunia akademik kelantangan menyuarakan pandangan atau pendapat yang bernas dianggap suatu kualiti yang terpuji. Sedangkan kebanyakan minda Melayu masih terkongkong dengan peribahasa, `diam-diam ubi berisi'. Sebab itu pelajar-pelajar Melayu diam (dalam bidang akademiklah!).

Secara bawah sedar, diam itu bermakna`mengikut resmi padi, makin berisi makin menunduk ke bumi'. Sebab itu orang luar sukar menilai pantas kemampuan akademik pelajar Melayu sehingga tampaknya seolah-olah mereka tidak tahu apa-apa. Sedangkan pelajar Melayu itu berharap seorang penilai itu harus mengorek tanah dahulu untuk mengetahui pelajar itu berisi atau sebaliknya.

Diam bermakna berada dalam kawasan selamat. Banyak eksekutif Melayu yang bekerja di bawah pengurus besar atau ketua eksekutif Barat, tidak dapat kenaikan pangkat oleh kerana orang Barat tidak berusaha menggali. Eksekutif bukan Melayu lebih vokal dan menurut ukuran Melayu, mereka lebih menunjuk-nunjuk. Penampilan dan penonjolan diri bukanlah ciri Melayu yang terpuji.

Terdapat psyche (jiwa) pelajar Melayu yang telah terbentuk melalui pendidikan ala madrasah atau sehala, Galilah ubi mereka, jadikan mereka tembikai berkulit durian. Kebanyakan pelajar Melayu adalah late developer (berkembang lewat) sedangkan pelajar Cina early developer (berkembang awal). Sering saya ketemui late developer ini berjaya meraih ijazah falsafah kedoktoran (Ph.D) meskipun mengambil masa yang lama.

Untuk Melayu jadi cemerlang di pelbagai bidang, tidak ada formula mudah.
Untuk mencapai matlamat itu, ia boleh terlaksana dengan mengelakkan perkahwinan kerabat terdekat, meningkatkan komunikasi dengan janin anda, perangsang otak yang optimum, memperbaiki taraf pemakanan pranatal, pascanatal dan pada peringkat pertumbuhan, pendidikan tadika mulai usia tiga tahun, pendedahan pelbagai bahasa di bawah lima tahun, peningkatan kadar protein dalam gizi dan merubah norma-norma Melayu ke arah yang lebih progres

Petikan : Dr. Rahman Haroun

Pemakanan Untuk Perkembangan Otak


SEBAGAI ibu bapa anda mungkin tertanya-tanya bagaimanakah pemakanan boleh membantu perkembangan otak anak anda. Oleh itu, perkara paling asas anda perlu tahu ialah selepas anak anda dilahirkan otaknya akan sibuk membina sistem ‘pendawaian’. Sistem ini membabitkan neuron (sel otak), gentian saraf (akson) dan penghubung di antara kedua-duanya (sinaps).
Sebagai contoh, jika anda bercakap dengan anak anda, otaknya akan menghantar isyarat kimia melalui neuron yang menyeberangi sinaps dan menyebabkan lebih banyak hubungan dibuat dengan neuron yang lain. Kelajuan maklumat ini disalurkan bergantung kepada penyalut khas neuron yang disebut mielin.
Proses membina hubungan ini (sinaptogenesis) penting untuk perkembangan otak anak. Ketika ini pemakanan mempunyai fungsi penting.

Apakah zat yang penting untuk otak anak? Ada beberapa zat penting perlu anda tahu. Antaranya;

Gangliosida (GA)
GA adalah sejenis komponen semula jadi yang ada dalam sel membran. Ia boleh menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan neuron. Ini menambahkan pembentukan sinaps di otak. Penambahan sinaps boleh meningkatkan keupayaan pembelajarannya. Ada kajian yang dibuat menunjukkan GA mungkin dapat meningkatkan keupayaan pembelajaran dan daya ingatan.
Asid sialik (SA)
Sejenis bahan yang membantu dalam perkembangan otak dan penghantaran maklumat. Ia komponen penting tisu-tisu otak. Sel membran otak kanak-kanak mengandungi 20 kali lebih banyak SA daripada sel membran yang lain dalam badan.
Penghantaran maklumat yang lebih cepat memberikan keupayaan pembelajaran yang baik. Kajian pada mamalia menunjukkan SA mempunyai kaitan dengan peningkatan daya pembelajaran. Susu ibu adalah sumber yang kaya dengan SA. Malah, sesetengah penyelidik percaya SA mempunyai kaitan dengan penambahan hubungan otak kanak-kanak.

DHA
Tubuh menggunakan DHA sebagai bahan binaan untuk pembentukan sinaps. DHA banyak tertumpu di dalam membran sinaps berbanding bahagian lain dalam badan. Lebih banyak sinaps menandakan peningkatan perkembangan otak dan pembelajaran yang lebih baik.
DHA juga membantu dalam penghantaran maklumat. Apabila maklumat (dalam bentuk isyarat elektrik) sampai pada satu sinaps, ia akan dibawa menyeberangi neuron yang seterusnya oleh bahan kimia yang dipanggil penghantar maklumat (neurotransmitter). Perubahan pada dinding membran membenarkan maklumat ini melalui neuron berikutnya.
DHA memudahkan perkara ini berlaku. Jika otak tidak menerima DHA yang cukup, keupayaan penghantaran maklumat akan menjadi lemah dan hubungan kurang dibina.
Dalam konteks susu ibu, DHA dan lemak lain di dalamnya menyumbang secara langsung pada perkembangan otak. Ini dilakukan dengan bahan-bahan yang betul untuk penghasilan mielin dan menyalutnya supaya laluan ini membawa maklumat lebih cepat. Justeru, ia membolehkan proses pembelajaran berlaku lebih baik.

Asid lemak Perlu (EFA)
Badan memerlukan EFA untuk tumbesaran yang sempurna. Selain itu, EFA merangsang perkembangan otak yang lebih baik kerana ia komponen penting sel membran. EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kerana ia mesti diperoleh daripada makanan yang diambil.

Zat besi (Iron)
Tahukah anda kekurangan zat besi dikaitkan dengan perubahan neurotransmitter dan perkembangan otak yang lewat. Ia juga membolehkan sel darah merah membawa oksigen sekali gus membantu membekalkan oksigen ke otak untuk perkembangannya.
Petikan oleh :Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad

Sabtu, 14 Jun 2008

Audiologis


Mula diwujudkan dalam Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2001 , Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Audiologi. Bermula di UKM (1996), UIA (2005) dan USM (2006)


Kini terdapat 90 orang audiologist di seluruh Malaysia:
56 - di hospital kerajaan
6 – di hospital swasta
20 – di Universiti
4 – di kedai alat bantu pendengaran
2 – membuka pusat pendengaran


Pengenalpastian:
Melakukan ujian saringan pendengaran di kalangan bayi, kanak-kanak dan pelajar sekolah
Ujian saringan pendengaran
Ujian mudah untuk mengenalpasti individu yang mempunyai masalah pendengaran
Keputusan : ‘Lulus’ atau ‘Gagal’


Tujuan
Untuk mengenalpasti individu yang mempunyai masalah pendengaran di peringkat awal
Supaya intervensi / habilitasi dapat diberikan diperingkat awal
All children with congenital hearing impairment should be identified by age of 3 months and receive intervention as early as 6 months
Joint Committee on Infant Hearing 2000

Menjalankan ujian-ujian diagnostik untuk mengesahkan individu yang bermasalah pendengaran. Tahap dan jenis masalah yang dihadapi dapat dikenalpasti dan Perancangan tentang program habilitasi dapat dilakukan bersesuaian dengan masalah yang dialami.

Ujian pendengaran boleh dilakukan kepada semua peringkat umur. Jenis ujian bergantung kepada umur perkembangan pesakit.

Untuk orang dewasa ujian yang boleh dilakukan dengan cara :
1. Pure Tone Audiometry (PTA)
2. Brainstem Evoked Response (BSER)
3. Otoacoustic Emission (OAE)
4. Middle Ear Assessment


Untuk bayi atau kanak-kanak perlu menjalani ujian seperti :

1. Play Audiometry
2. Visual Reinforcement Audiometry
3. Brainstem Evoked Response (BSER)
4. Otoacoustic Emission (OAE)
5. Middle Ear Assessment


Jenis Masalah Pendengaran


1. Sensorineural

  • Masalah yang melibatkan kerosakan pada bahagian saraf
  • Ia kekal dan tidak boleh diubati
  • Ia boleh dibantu dengan pemakaian alat bantu pendengaran
  • Masalah yang dialami ( Kurang mendengar dan Sukar memahami butir pertuturan orang lain)

Punca sensorineural:

  • Keturunan
  • Lemas semasa lahir
  • Lahir tidak cukup bulan
  • Demam kuning yang tinggi
  • Meningitis
  • Jangkitan semasa dalam kandungan
  • Lahir dengan berat kurang 1.5 kg
  • Pengambilan ubat ototosik
  • Apgar scores 0–4 pada 1 min atau 0–6 pada 5 min

Jenis Masalah Pendengaran:

Konduktif :
Masalah yang melibatkan sekatan atau penyakit pada telinga luar atau/dan telinga tengah. Ia boleh diubati dan dipulihkan samada dengan ubat-ubatan atau pembedahan. Terdapat sesetengah penyakit tidak dapat diubati dan pemakaian ABP adalah perlu untuk membantu mendengar. Masalah yang dialami, Kurang mendengar. Ianya berpunca daripada Wax (tersumbat dengan tahi telinga), Jangkitan dalam salur telinga luar, Jangkitan dalam telinga tengah, Bendasing dalam salur telinga luar dan Ketiadaan salur telinga atau cuping telinga yang kecil.

Masalah pendengaran campuran
Melibatkan sensorineural dan konduktif dan memerlukan ABP untuk membantu mendengar.
Terbahagi kepada tahap dan jenis masalah pendengaran
Sedikit
Sederhana
Teruk
Sangat teruk
Ia boleh mempengaruhi perkembangan bahasa dan pertuturan kanak-kanak .

Tahap Sedikit
Kesan minimal kepada perkembangan bahasa dan kebolehan berkomunikasi
Bunyi Vowel boleh didengari dengan jelas
/a/, /e/, /u/
Bunyi konsonan yang tidak berbunyi tidak dapat didengari
/k/, /t/,/s/


Tahap Sederhana

Tidak dapat mendengar kebanyakan bunyi pertuturan pada suara biasa
Mengalami masalah bahasa dan pertuturan
Vowels heard better than consonants
Lead to
Keliru dengan bunyi pertuturan (/p/ dan /b/)
Maksud perkataan
Perbendaharaan kata yang terhad

Tahap teruk
Tidak dapat mendengar pertuturan pada suara biasa
Masih boleh mendengar suara sendiri,
Mempunyai masalah bahasa, pertuturan dan pembelajaran

Tahap Sangat Teruk
Hanya boleh mendengar bunyi yang terlalu kuat
Boleh belajar melalui pembelajaran khas
Penggunaan alat bantu pendengaran dapat membantunya mendengar ritma pertuturan, suara sendiri dan bunyi-bunyi persekitaran yang kuat sahaja
Biasanya kanak-kanak akan mengalami masalah suara, sebutan dan prosodi.