CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Rabu, 13 Mei 2009

Ujian Saringan Menggunakan Modul Beery VMI

Pada 12hb Mei 2009, semua murid PKBP SKAL menjalani ujian saringan pertama untuk menentukan Development Mental Age murid-murid. Melalui ujian ini pengurusan PKBP akan menyusun kembali progress dan modul perkembangan kognitif yang akan disesuaikan dengan tahap perkembangan kognitif murid yang sebenar. Pihak pengurusan PKBP akan menyemak kembali program dan aktiviti tahunan supaya bersesuaian dengan tahap sebenar murid.

Ujian dijalankan oleh Cikgu Pr. Che Alias Che Yusoff yang kembali bertugas setelah menghadiri kursus pendek selama 3 bulan di Kampus Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian dalam bidang peripatetik LD.