CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selasa, 17 Jun 2008

Memajukan Melayu Melalui Genetik


Fenomena kemunduran Melayu bukan terbatas kepada pencapaian dan sikap mereka terhadap dunia akademik. Ia tidak terhad kepada kaum pelajar Melayu tetapi ia merangkumi setiap bidang yang diceburi oleh insan Melayu pada umumnya.

Demikian pula dalam bidang-bidang lain, di mana orang Melayu diberi dana mengurus bank, bank rugi, diberi kesempatan mengendali syarikat gergasi penerbangan nasional juga rugi, malah diberi keutamaan untuk menerajui korporat nasional dengan pemberian projek-projek megayang sepatutnya menguntungkan, juga gulung tikar dan terpaksa diserahkan kepada kerajaan.

Apa yang kita hadapi sekarang ini harus diteliti melalui berbagai aspek dan faktor.

Faktor pertama ialah genetik.

`Genotip' bangsa merupakan pemurnian gen selama lebih4,000 tahun. Sedangkan genotip Melayu, tidak sampai pun seribu tahun. Perkahwinan saudara rapat mempengaruhiekspresi gen, lebih cenderung untuk menghasilkan baka yang kurang unggul. Amalan budaya perkahwinan kaum Cina bertentangan dengan kebiasaan perkahwinan oran Melayu yang lebih mementingkan kerabat terdekat. Orang Cina tidak kahwin dengan sheh atau surname (marga) yang sama. Stok Melayu menjadi lebih baik, bila ada haploid luaran (sama ada dari India, Arab, Eropah mahupun Cina).

Kedua, pemakanan dan pemantapan baka Melayu yang terbahagi kepada tiga peringkat iaitu pranatal, pascanatal dan pemakanan peringkat pertumbuhan. Apakah ada makanan bestari yang boleh membuat anak Melayu lebih pintar? Apakah pemakanan yang diamalkan oleh orang Melayu membuat mereka kurang cerdik dan kurang bersaing.

Untuk menghasilkan generasi Melayu yang cemerlang, persiapan harus dilaksanakan mulai pada malam konsepsi lagi. Pengumpulan semen suami lima hari sebelum jatuh subur isteri bertujuan memastikan baka suami dalam jumlah yang cukup tinggi sehingga saingan antara beratus juta spermatozoa yang dikeluarkan oleh lelaki mampu menghasilkan satu spermatozoa juara yang terunggul untukmempersenyawakan telur wanita.

Seawalnya lapan minggu selepas kehamilan, saraf pendengaran di susunan saraf pusat otak embrio berkenaan mulai tumbuh dan berkembang. Usaha untuk berkomunikasi sehala dengan embrio tersebut perlu dilakukan oleh pasangan suami isteri melalui nyanyian, percakapan, membaca ayat suci yang ditujukan kepada rahim ibu. Komunikasi vokal dan verbal ini boleh merangsangkan dan perkembangan jaringan dendrit sel-sel di otak di segala penjuru otak embrio tersebut.

Makin banyak sel-sel otak (neuron) dan dendrit makin pintar individu berkenaan kelak. Ukuran kepintaran (IQ) individu berkenaan bergantung pada bilangan neuron yang berjumlah ratusan bilion dan jaringan dendrit yang menghubungi sel-sel otak itu (ibarat jaringan kawat telefon) yang dapat mencapai ribuan trilion dalam satu laluan saraf sahaja.

Sayangnya jika tidak dipupuk, jaringan-jaringan tersebut akan musnah dan akan kurang berhubung antara sel-sel saraf tersebut, maka kurang pintar orang itu. Maka amat penting komunikasi verbal dan vokal ini diteruskan sepanjang kehamilan. Dendangkan janin anda dengan alunan muzik kompleks seperti muzik klasik atas pendengaran ayat-ayat suci dan doa-doa hampir dengan rahim ibunya nescaya usaha anda untuk menghasilkan bayi yang pintar akan tercapai.

Di samping itu, ibu yang mengandung harus mengambil makanan bergizi tinggi dengan makro dan mikro yang seimbang sehingga dapat mendukung perkembangan otak janin yang lebih sempurna. Di peringkat pascanatal, begitu anak Melayu itu lahir,pemberian susu ibu merupakan suatu keharusan yang mutlak kecuali susu ibu kering atau tidak mencukupi. Dikatakan kanak-kanak yang menerima susu ibu tidak hanya memiliki IQ yang tinggi daripada yang tidak, malah ukuran emosi (EQ) juga dikatakan lebih mantap kerana sentuhan-sentuhan keibuan mententeramkan bayi,memperkukuhkan jaringan antara sel-sel otak menjadi lebih ekstensif dan intensif. Bayi-bayi Melayu perlu diusapsekerap mungkin dengan maksud dan tujuan yang sama.

Penyebarluasan dan penumpuan dalaman jaringan sel-sel saraf diperkukuhkan lagi dengan pendedahan terhadap kesemua deria pancaindera sebaik sahaja bayi Melayu itu lahir ke dunia. Dahulunya di fasa pranatal, hanya perangsangan vokal dilaksanakan, di fasa pascanatal, bayi baru lahir dapat dirangsang otaknya melalui pelbagai pancaindera lain seperti visual, sentuhan, belaian, usapan, pengecapan dan pembauan. Tindakan ini dijangka akan menghasilkan ribuan trilion sambungan antara saraf dan antara dendrit. Jika tindakan sebegini tidak dilakukan secara berterusan, sambungan-sambungan ini akan putus sehingga tidak dapat menghasilkan mereka yang mempunyai IQ dan EQ tinggi.

Pendekatan perangsangan pancaindera ini bertujuan untuk membina ribuan trilion sambungan antara sel otak dan dendritnya ke tahap paling maksimum atau optimum.

Membiarkan kanak-kanak demam panas tinggi meskipun tanpa kejang-kejang boleh memutuskan sambungan yang telah terbina. Apatah lagi terjadi jangkitan sel otak seperti encephalitis dan meningitis, suhu badan yang sangat tinggi sahaja dapat memati berjuta sel otak dalam satu serangan. Bayi-bayi dan kanak-kanak kerana pengetahuan ibu bapa yang kurang terhadap bahaya tersebut dan kesempitan kewangan mungkin mengambil keputusan merawat sendiri sehingga mengakibatkan pemutusan sambungan-sambungan sel-sel otak.

Bayangkan berapa kerap bayi-bayi dan kanak-kanak Melayu mengalami panas badan yang dianggap enteng oleh sebahagian ibu bapa. Sedangkan kaum Cina mempunyai kedudukan kewangan yang baik di samping kesedaran kesihatan yang jauh lebih tinggi, maka sambungan saraf mereka jauh lebih terpelihara daripada kanak-kanak dan bayi Melayu.

Selain rangsangan sentuhan dan usapan, bayi-bayi baru lahir harus secepatnya dirangsang deria penglibatan mereka dengan ribuan warna. Jika anda ingin anak anda menjadi pelukis, dedahkan mereka dengan kekayaan warna-warni melalui pelbagai ikhtiar. Mata manusia dapat mengenal sejuta jenis warna. Setiap warna mempunyai memorinya sendiri di otak manusia. Setiap memori mempunyai jaringan masing-masing. Makin banyak warna yang didedahkan melalui pelbagai cara (mainan/cat dinding/warna pakaian dan sebagainya), makin banyak terbina jaringan yang menyalur keterangan untuk disimpan dan dikeluarkan dalam masa yang lebih pendek dari sekelip mata.

Begitu juga dengan deria kecapan di lidah kanak-kanak, ia perlu dirangsang agar mengelak prejudis terhadap makanan tertentu. Deria kecapan di lidah janganlah dibiasakan dengan rasa-rasa asas sahaja seperti manis, masin, masam, pahit dan pedas. Kalau itu sahaja yang diberi, dikemudian hari mereka terikat dengan keterbatasan cita rasa sehingga membuat mereka menolak makanan bergiz tinggi dan menjadi ketagihan pada satu atau hanya beberapa cita rasa asasi.

Pendedahan awal kepada rasa-rasa yang kompleks seperti buah-buahan dan sayur-sayuran dapat menghindarkan mereka daripada tidak meminati makanan-makanan tersebut. Umpamanya hirisan-hirisan timun, tomato dan buah-buahan diletakkan sahaja di atas lidah untuk diperkenalkan tanpa membenarkan mereka menelan pada bayi-bayi tetapi boleh dikunyah apabila diberikan kepada kanak-kanak yang lebih besar.

Proses perkenalan itu boleh diperkukuhkan dengan penyebutan nama bahan itu meskipun kita berhadapan dengan bayi seusia enam bulan. Dengan berbuat demikian, terakam tidak hanya isyarat melalui saraf pengecapan dalam masa yang sama, apabila bahan makan dibaukan ke hidung bayi, proses pengenalan itu menjadi cukup lengkap.Terpeta di memori otaknya dan dijangka berkekalan. Kaedah ini akan membuat kanak-kanak itu menjadi gemar dengan buah-buahan dan sayur-sayuran yang merupakan sumbermikro-nutrien and vitamin yang penting untuk metabolisme otak. Kelima-lima deria pancaindera dapat dimanipulasikan sehingga perangsangan optimum sel-sel otak tercapai melalui pengisian komputer hayat.

Pemakanan anak-anak Melayu berusia bawah 12 tahun hendaklah diberikan perhatian istimewa. Ternyata pemakanan yang berasaskan kanji atau karbohidrat serta gula berlebihan seperti yang diamalkan oleh orang Melayu mungkin menyebabkan mereka menjadi agak lembap.

Kadar protein makanan Melayu biasanya rendah dan ia perlu dipertingkatkan jika orang Melayu ingin pintar. Banyak ikan, banyak daging tanpa lemak, banyak ayam, susu dan lebih penting banyak makan produk-produk kacang soya seperti tahu, tempe dan tofu. Lawatan ke sekolah-sekolah luar bandar, akan mendapati rata-rata ukuran fizikal mereka jauh lebih kerdil daripada orang Melayu bandar yang sedikit lebih baik dalam pengambilan protein dalam diet mereka.

Walaupun tidak menyetujui IQ seseorang ditentukan ole hsaiz tengkoraknya, namun dipandang dari sudut survival, mereka bertubuh kasa dan besar seperti orang Barat itu mempunyai banyak kelebihan. Otot dan otak harus seiring untuk menjadi manusia cemerlang. Keunggulan otak dan otot harus seimbang, ini diperlihatkan oleh banyak pemain bola sepak Barat yang mempunyai kombinasi tersebut.

Tanpa kecekapan otak yang bertindak pantas, kesempatan serpihan saat yang diambil dengan refleks otak akan menentukan kemenangan. Dengan kata lain bermain bola sepak secara cemerlang pun harus punyai IQ yang tinggi.

Langkah ketiga adalah mengenai pendidikan prasekolah. Untuk menghasilkan pelajar Melayu yang cemerlang, pendidikan prasekolah harus dimulai lebih awal. Secara formal, ia perlu dimulai pada usia 3 tahun. Sebenarnya seperti mana yang saya tekankan, pengajaran harus bermula pada masa dalam kandungan lagi secara tidak formal.

Kajian (di luar negara) membuktikan kanak-kanak yang memulakan pendidikan seawal tiga tahun mencapai kecemerlangan akademik lebih tinggi dibandingkan mereka yang memulakan pendidikan pra-sekolah pada usia lima tahun. Demikian jugalah dengan penguasaan pelbagai bahasa dapat dipupuk secara lebih berkesan pada usia prasekolah tiga tahun.

Di Malaysia, pendidikan prasekolah bermula pada peringkat lima tahun. Ia perlu dapat pandangan serius para pendidikan semua. Sebelum keputusan itu boleh dibuat, kita perlu meninjau perbezaan prasekolah Melayu dan Cina kerana perbezaan itulah yang mencorak produk di peringkat tinggi kelak. Yang paling ketara ialah kanak-kanak Melayu diajar abjad rumi mahupun jawi berjumlah 26 sahaja. Sedangkan kanak-kanak Cina diajar tulisan kanji di mana penghafalan ciri-ciri kaligrafinya dapat merangsang lebih banyak rangkaian saraf di peringkat usia muda. Dengan sendirinya di peringkat awal lagi, kanak-kanak Cina didedahkan kepada kompleksiti sedangkan kanak-kanak Melayu kepada simplisiti.

Kanak-kanak tadika dikatakan boleh menguasai dan merakam antara 1,000-4,000 karakter Cina. Ini boleh menumpukan pendalaman dan menambah kepadatan jaringan dendrit antara sel-sel otak.

Keempat ialah mengenai sikap orang Melayu baik pelajar mahupun bukan pelajar. Di zaman penjajah dan di peringkat awal pascakemerdekaan, orang Melayu selalu diperolok-olokkan kerana sikap `tidak apa' mereka. Mungkin banyak yang tidak setuju andainya saya mengatakan sikap dan perangai orang Melayu itu sebenarnya merupakan ekspresi genetik mereka. Melayu itu malas, Cina itu rajin.

Suatu generalisasi yang tidak diterima dan yang diterima, bergantung kepada siapa kita bertanya. Apakah ciri-ciri rajin vesus malas itu terletak pada DNA kromosom atau DNA mitokondria?

Buat masa ini masih belum terjawab oleh mana-mana pakar genetik. Kalau kita mengandaikan kerajinan seseorang itu bergantung pada jumlah tenaga (dalam bentuk ATP) yang dimiliki sepanjang hari maka orang Cina diandaikan mempunyai tenaga yang lebih dan berpanjangan daripada orang Melayu. Dapat diibaratkan semacam bateri tahan lama dengan bateri jangka pendek.

Kesimpulan nanti, berkesudahan dengan perbezaaan jumlah mitokondria Melayu yang kurang dibandingkan dengan orang Cina. Sebagai contoh, (dan masih banyak contoh-contoh lain) di sebuah sekolah menengah harian di Selangor yang mempunyai jumlah pelajar Cina dan Melayu yang seimbang, sekolah tersebut telah menganjurkan maraton matematik yang dipanggil Rela Math di mana para pelajar dalam masa sebulan disuruh membuat penyelesaian matematik sebanyak mungkin. Pelajar matematik terbaik Melayu menampilkan 300 penyelesaian matematik sedangkan pelajar matematik terbaik Cina mengatasi dengan 8,000 penyelesaian.

Inilah yang dikatakan kekuatan innate (dalaman, tersembunyi dan sebahagian) sesuatu bangsa yang sudah tentu merupakan manifestasi perlembagaan genetik masing-masing.


Kelima, beberapa aspek budaya Melayu yang negatif perlu ditinggalkan.

Budaya Melayu yang lemah-lembut tidak perlu ditonjol-tonjolkan. Barangkali itu merupakan propaganda penjajah yang tidak mahu orang Melayu bangun menentang mereka. Tidak juga saya menyetujui harus kurang ajar. Dalam mengejar kecemerlangan akademik, minda Melayu kerap terpengaruh oleh sebahagian peribahasa Melayu yang negatif. Di dunia akademik kelantangan menyuarakan pandangan atau pendapat yang bernas dianggap suatu kualiti yang terpuji. Sedangkan kebanyakan minda Melayu masih terkongkong dengan peribahasa, `diam-diam ubi berisi'. Sebab itu pelajar-pelajar Melayu diam (dalam bidang akademiklah!).

Secara bawah sedar, diam itu bermakna`mengikut resmi padi, makin berisi makin menunduk ke bumi'. Sebab itu orang luar sukar menilai pantas kemampuan akademik pelajar Melayu sehingga tampaknya seolah-olah mereka tidak tahu apa-apa. Sedangkan pelajar Melayu itu berharap seorang penilai itu harus mengorek tanah dahulu untuk mengetahui pelajar itu berisi atau sebaliknya.

Diam bermakna berada dalam kawasan selamat. Banyak eksekutif Melayu yang bekerja di bawah pengurus besar atau ketua eksekutif Barat, tidak dapat kenaikan pangkat oleh kerana orang Barat tidak berusaha menggali. Eksekutif bukan Melayu lebih vokal dan menurut ukuran Melayu, mereka lebih menunjuk-nunjuk. Penampilan dan penonjolan diri bukanlah ciri Melayu yang terpuji.

Terdapat psyche (jiwa) pelajar Melayu yang telah terbentuk melalui pendidikan ala madrasah atau sehala, Galilah ubi mereka, jadikan mereka tembikai berkulit durian. Kebanyakan pelajar Melayu adalah late developer (berkembang lewat) sedangkan pelajar Cina early developer (berkembang awal). Sering saya ketemui late developer ini berjaya meraih ijazah falsafah kedoktoran (Ph.D) meskipun mengambil masa yang lama.

Untuk Melayu jadi cemerlang di pelbagai bidang, tidak ada formula mudah.
Untuk mencapai matlamat itu, ia boleh terlaksana dengan mengelakkan perkahwinan kerabat terdekat, meningkatkan komunikasi dengan janin anda, perangsang otak yang optimum, memperbaiki taraf pemakanan pranatal, pascanatal dan pada peringkat pertumbuhan, pendidikan tadika mulai usia tiga tahun, pendedahan pelbagai bahasa di bawah lima tahun, peningkatan kadar protein dalam gizi dan merubah norma-norma Melayu ke arah yang lebih progres

Petikan : Dr. Rahman Haroun

0 comments: